My Affan ......will complete 2039 soon...
al-Fatihah buat Allahyarham Affan bin Abdullah ( dibaca )
“MY AFFAN’ adalah sebuah novel berdasarkan
KISAH BENAR persahabatan aku dengan Affan bin Abdullah.
Aku menulisnya sejak tahun 2010 dan hingga
sekarang belum siap,lantaran aku juga menulis
banyak buku,novel lain dan sebagainya.....
Tarikh 23 September 2021,Affan meninggal dunia dengan mengejut.10 hari kemudian,ayahnya
Haji Abdullah meninggal dunia.Aku kehilangan dua insan penting dalam kamus hidupku.
Aku amat SEDIH .Jangkaan aku novel ini sempat
dibaca oleh Affan namun ALLAH SWT lebih menyayanginya....
Rancangan aku bersamanya melancong ke
Thailand,Kemboja dan Vietnam pada Disember 2022 hanya tinggal impian.
Aku merancang dan
mengumpul wang sejak tahun 2015 .Kali terakhir
kami bertemu pada 2 Syawal 2017 di gerai makan
Kota Bharu Kelantan.Kami berbual hampir sejam
tentang kenangan remaja,famili,bisnes DLL .
Kemudian aku ke hotel dengan anak keempat aku bernama NUR AS SYAHIRAH yang ketika itu berusia 10 tahun .
Aku menulis dairi sejak usia 10 tahun dan
pastinya banyak memori suka duka aku tulis.
Perkenalan kami sejak remaja hinggalah kami dewasa.Ada manis,pahit,payau,lemau dan
sebagainya.
Di sini aku kongsikan beberapa sikap dan kisah Allahyarham yang aku kenali sejak usia aku 15 tahun .
1.Affan adalah seorang DERMAWAN.Ketika aku
tinggal di KL dan berdepan masalah kewangan kerna
bisnes merudum,Affan memberikan RM500.Ketika itu,aku nak beli beras dan susu anak pun tiada wang
itulah modal bisnes hingga aku bangun semula setelah bertahun-tahun bisnes jatuh.
Beberapa tahun kemudian aku ke Kelantan dan
berikan cek RM1000 dan dia mengoyaknya.Dia SMS
“Aku dah koyak cek kau bagi aku.Aku hadiahkan RM500 dan jangan ungkit lagi.Aku ikhlas membantu.Doakan aku sihat dan umur panjang cukuplah”.Mataku berkaca.
2.Ketika zaman remaja,sekali sekala pada hari
Khamis atau Jumaat ,Affan akan datang ke rumah sewaku dan jemput aku bermalam di rumahnya.Kami akan mendengar lagu,menonton filem,berbual dan membuat kerja sekolah.Kami bermain gitar dan nyanyi sama-sama.
Affan selalu menyuruh aku tidur di katilnya dan dia tidur di bawah sekali sekala.Katanya “Kau tetamu aku,takkan kau kena tidur bawah?’.
Setiap Subuh,pastinya Ong atau Mai mengejutkan kami solat Subuh .Jika tidak,kami akan bangun tengahari !Subuh GAJAH la gamaknya hahaha
3.Kami pernah berselisih faham ketika remaja dan Affan selalu MENGALAH.Dia datang ke rumah sewaku dan memujuk “Sampai bila kita nak berdiam?Takkan aku nak cakap
sorang-sorang???.Lantas dia hulurkan tangan dan aku bersalam serta meminta maaf.
4.Aku menghantar Affan hingga ke KELANA JAYA ketika dia mahu mengerjakan fardhu haji .Kami
berpelukan dan air mataku jatuh.Itulah kali pertama
aku menangis berpisah sementara dengan dia .
5.Ketika aku ke LUAR NEGARA,aku menghantar
sumbangan dan niatkan pahala kepada Affan,
ibu-bapanya dan datok neneknya tanpa pengetahuan Affan ketika dia masih hidup.Aku mencontohi Affan .Dia banyak tolong aku dan isteri serta anaknya hatta ibu bapanya TIDAK TAHU !
6.Affan memiliki rumah sendiri ketika masih
BUJANG dan kami selalu bersama di rumahnya
berdua.Ketika itu Affan melukis batik dan mendapat
pendapatan RM80 sehelai.Kami jarang makan di
rumah,selalu makan di luar atau di rumah
ibu bapanya.
7.Pada 10 Oktober 2004,cerpen pertama aku HUJAN EMAS keluar akhbar BERITA HARIAN dan nama watak dalam cerpen tersebut ialah AFFAN ....
8.Pada tahun 2003 ,aku BANGKRAP dan Affan
satu-satunya sahabat yang rajin bertanya khabar.
Malah Affan menjemputku tinggal bersamanya
selama dua minggu.Aku kehilangan premis perniagaan dan menganggur berbulan lamanya .
9.Pada tahun 2007,buku aku bertajuk REMAJA
POSITIF terbit dan aku abadikan nama Affan dalam buku tersebut .Buku itu BEST-SELLER .
10.Pada tahun 2017,Affan menggunakan firman Allah SWT bermaksud “Setiap jiwa pasti MATI” sebagai wallpaper FB.Sejak itu aku sentiasa bertanya khabar melalui telefon,SMS dan Whatsapp.Aku sentiasa doakan Affan dipanjangkan usia kerna hanya dia satu-satunya SAHABAT TERBAIK aku dunia akhirat.
11.Pada tahun 2012 aku berdepan dengan kes
mahkamah dan Affan yang rajin memberi nasihat dan motivasi.Alhamdulillah aku menang kes tersebut .
12.Affan sentiasa menasihat aku berkaitan
SYUKUR,REDHA dan QANAAH sejak kami remaja hinggalah dewasa.Kadangkala aku tersasar dan dialah PENASIHAT SETIA .
13.Affan adalah guru pertama aku bermain gitar .
Kami bermain gitar pelbagai lagu rock kapak.
14.Affan lah sahabat yang sentiasa membawaku ke
klinik bila demam .Malah membayar bil klinik tanpa aku pinta.
15.POT kami selalu lepak malam Jumaat ialah rumah JOE di Kampung Paya Rambai Jalan Bayam .Kami ramai-ramai bermain gitar,menyanyi dan berborak kosong.
Pada satu malam ,tiba-tiba Affan berkata
"Sempena malam Jumaat ni ,kita tukar angin.Asyik main gitar dan nyanyi je..Borak kosong.Malam ni kita ada soal jawab agama....Bersama kita USTAZ SAAT akan menjadi guru dan aku pengerusi majlis.."
Terperanjat beruk aku malam tu .Aku baru tingkatan Empat masa tu dan mujurlah kawan-kawan Affan hanya bertanya soalan silibus SPM hahaha....Kalau depa tanya soalan silibus UIA mampus aku kantoi malu hahaha.....
16.SMS dari Affan yg amat meruntun jiwaku pada tahun 2012
“Saat,
aku bukanlah seorang teman yang sempurna,namun hargailah ketika aku masih ada...Jangan luahkan kepada manusia,namun luahkanlah di atas sejadah ketika bertahajjud..Wassalam”
Kenangan kami sejak 1989 hingga terkini semuanya TERCATAT dalam diari-diari yang kian lusuh dimamah masa.....Affan,semoga kita bertemu di SYURGA FIRDAUS ,amin
Comments
Post a Comment